CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, April 6, 2009

jangan malu jangan segan..aku sedia menanti

-Hari ni dengan gembiranya aku bangun pagi untuk buat lunch.Hari ni perlu jumpa secretaire ada urusan sikit.

-Dengan penuh kemalasan,aku hanya fikir nak buat kari ikan salmon sahaja.haa..telan air liur cepat..

-Aku terlupa dan sangat lupa ada seorang hamba Allah dalam rumah Villa tak boleh sangat makan makanan bersantan.Aku guna satu kotak santan segera cap Auchan.Aduh..tak de niat nak bunuh ko ye.Harap maaf.

-Hari ni juga bakal diadakan Ujian Informatique.Aku sangat gerun.Subjek ni sangat menakutkan aku sejak zaman-berzaman.Tapi aku tak pernah putus-asa sebab aku ........(sambung sendiri)

-Semalam aku buat cheesecake dengan surveillance Cik Melati.Kepada cik Melati,saya layak dapat ucapan tahniah sebab kek itu menjadi dengan jayanya.

-sekian

Monday, March 30, 2009

hati ini jangan anda gusar..

Sudah berkurun aku tak update..Ambek kau aku sedang merepek...

Hati ini,
Jangan kau gusar kerana secebis luka yang terpendam,
Luka yang mungkin takkan hilang ditelan zaman,
Jangan mudah engkau berputus asa,
Menempuh hidup yang penuh ranjau,

Hati ini,
Hari ini engkau merana,
Melangkah-longlai menuju destinasi,
Tatkala rakan-rakan seperjuangan gagah perkasa,
Engkau masih bertatih dengan langkah kecil,
Bukankah lebih baik engkau bertatih?,
Asalkan langkah yang dicipta penuh yakin dan kekuatan..

Hati ini,
Walau seberat mana dugaanmu,
Jangan sesekali engkau mengeluh,
Walau sepedih sembilu sekalipun jangan engkau berundur,
Kerana selagi engkau masih bernyawa,di situ ada harapan..

Hati ini,
Engkau perlu seorang sahabat,
Carilah!!!Jangan engkau pendam segala kepedihanmu,
Engkau makhluk yang hina,
Engkau punya kelemahan,
Biar engkau dipandang hina,asalkan engkau bahagia..


Hati ini,
Jangan mudah dikau hancur dimamah cinta,
Percayalah kepada hukum Tuhan,
Setiap kejadian pasti ada hikmahnya,
Engkau tidak perlu meronta-ronta,
Kerana ada hadiah-Nya atas ketabahanmu..

Wahai hati...bersabarlah..



Aku sedang mengalami gangguan emosi yang sangat kritikal..Sikit lagi boleh jadi gila(jom menghiperbolakan)...
Argghhhh!!!!



Tuesday, December 23, 2008

Seville

Sekarang aku bersama 3 makhluk yang sentiasa melucah(tak termasuk aku okk) sedang bergumbira kat Seville.Menarik tempat ni.Aku pun dah penat berjalan-jalan.

Antara tempat menarik,La Giralda dengan Cathedral.Asalnya,dua-dua tempat ni masjid.Waktu zaman khalifah.Tapi Raja Spain yang namanya Ferdinand dengan permaisurinya Isabella dah berjaya menghapuskan semua ketamadunan Islam kat sini.Kat daerah Andalusia untuk tepat lagi.

Apa yang aku perasan sepanjang kembara aku yang macam Kembara Eropah bersama Haliza Misbun tu,aku tengok memang betul ada usaha orang Eropah nak hapuskan Islam sebab dendam kut.

Aku masuk satu tempat tu namanya Alcàzar.Asalnya tempat ni istana untuk khalifah.Tapi ada seorang raja Spain "cuba" nak tukar tempat tu jadi "kristian".Agak lawak beserta unik kalau tengok dalam satu bangunan tu ada tulisan kalimah Allah kat bahagian dinding tapi ada gambar Jesus kat atas kalimah tu..Adusss..Aku tengok orang Eropah kagum je dengan seni bina macam tu.Bagi aku pelik...sekiaaannn

Kat Seville memang susah nak cari kedai makan yang halal dan murah.Aku paling menyampah kalau orang yag kerja kat restoran tu tak tau cakap French mahupun Melayu dan tidak lupa English.Serius susah macam cibai nak buat order.Aku geram okkkkk!!!

Nasib baik ada Buckcherelle(member aku yang hebat fungsi otak nya),ada juga yang mampu berkomunikasi dalam Spanish.Tiba-tiba aku rasa macam diri ni teruk sangat sebab tak pernah usaha pun nak belajar Spanish.Nanti aku post gambar.


Duit hangus setakat ini bersama bayaran hotel dan pengangkutan : 400€


p/s:Esok nak bertolak ke Còrdoba pulak

Saturday, December 20, 2008

selamat bercuti..

Semalam telah bermula dengan rasminya penantian aku..Cuti Krismas telah bermula.AKu tak sabar nak melayar impian aku bersantai kat Andalusia.Banyak duit aku dah laburkan kat percutian aku kali ni.Harap-harap menarik.

Esok aku akan bertolak pergi Paris.Dari Paris naik flight ke Barcelone.Dari Barcelone ke Seville,Spain.Kat Seville aku akan meneroka dengan rakus,sejarah yang terkubur kat situ.Hahahaa..Nanti aku cerita bila dah balik.

Seronok belajar kat oversea ni.Dapat peluang berjalan-jalan.Teringat waktu zaman-zaman lepas Spm.Duduk rumah,poya-poya tolong mak aku masak.Itu je aku buat.Bila dapat lesen,aku hantar mak aku pergi dialisis,teman datuk aku pergi Ipoh(ye beliau sangat sibuk,mengalahkan YB)

Selain itu,aku pun hantar adik2 aku yang selalu perasan a.k.a berangan ke sekolah.Hahaha.Tanpa siapa pun menduga,sekarang aku dah ada kat France.Terasa cepat pula benda ni terjadi.Harap-harap aku tak lupa diri.

Sejak aku kat France,banyak benda yang lucu tahap cipan.Mak dan bapak aku.Kalau korang nak tahu,sampai sekarang hampir tiap minggu diorang akan call aku.Sama lah dengan adik2 aku.Kadan-kadang je aku call diorang.Bukan aku tak nak call,tapi aku ada kelas.Habis kelas pukul 6 p.m..Kat Malaysia dah pukul 12 tengah malam.Macam mana aku nak call??Jawab2

__________________------------------------_________________-----------------------

Kepada budak2 yg baru habis SPM,korang buat lah apa yang korang nak.Jangan sampai hilang jati diri sudah.Nak pulak kalau korang 5 tahun duk asrama..Aduh boleh mati ooo kalau takde member..

Salut..!!!

Tuesday, December 16, 2008

dilemma..

Hari ni aku ada kelas Kimia yang sangat menarik disamping Ujian elektrik yang mencabar.Kelas kimia jadi meanrik sebab prof Kimia aku suka mencarut kalau dia buat salah.Atau dengan kata lain,dia cepat melatah.Lagipun dia dah tua.Lantas,normal beliau jadi begitu.Aku pulak sepanjang kelas asyik gelak sambil tiada suara yang keluar.Bukan sebab sakit tekak,tapi takut kantoi.

Ujian elektrik aku tempuhi dengan hati yang terbuka.Tapi aku tetap geram sebab ada manusia yang berbincang selepas habis sahaja ujian,walaupun ko tak boleh tambah walau 0,5 markah.Bertambah geram,aku tak buat macam mereka bincang.Sungguh celaka.Sepanjang ujian yang sangat berlambak ni,aku sangat bersyukur sebab aku tak pernah lagi gagal.Ada harapan jugak,aku nak masuk INSA(ye..aku memang selalu tukar-tukar keputusan aku)

Tadi aku dalam keadaan yang sangat tertekan tahap p*&%$#@ dalam kelas French.Mula-mula,hidung aku tak henti-henti keluar cecair(aku dalam mode demam sampai tak nak bangun pagi).Lepas tu,cikgu aku pulak tak habis-habis cakap pasal politik...booooooosaaaaaaaannnn oooookkkk!!!(walaupun selalunya aku sangat gembira cakap pasal politik,tetapi tidak hari ini)

Kelas seterusnya,bersama Encik Assaoui.Aku seronok belajar dengan orang tua ni sebab dia akan bagi penerangan sesungguhnya, kalau ko ditakdirkan sangat bangang dalam Thermique,Optique,mahupun Amali Kimia(memang benar dia serba boleh,semua subjek dia nak sapu).Selalunya,akulah manusia itu.Tapi aku takde lah bodoh sangat.Hahahaha..biasa2 je..(sesi merendah diri)

Sekarang ni aku tengah sibuk memikirkan percutian aku bersama tiga manusia yang bakal menggemparkan dunia Sepanyol..Tu diaaaa..tak sabaq ni..Kami akan menjelajah bumi Andalusia.
Nak tahu kat mana tempat tu??Cari sendiri kat google map.jangan malas..

Saturday, December 6, 2008

engkau akan bahagia..

Aku memang tak suka marah.Tapi kalau ko buat celaka dengan aku.Alamt ko memang menempah maut.

Aku memang nampak macam muka tak pernah berdosa(hihihihih suka hati aku laa).Tapi jangan dicabar ya anak Perak yang sorang ni..

Kat sekolah dulu,aku cukup geram kalau ada manusia yang nak mencelakakan aku tanpa sebab.

Ada je benda hina dan keji nak cakap pasal aku.Padahal aku tak kacau pun brief atau panties dia.kalau aku melucah sekalipun, dengan kawan-kawan aku je.

haha..teringat zaman masih budak-budak lagi waktu form 1.Aku bergaduh dengan bendahari kelas aku.

Minah ni selalu sangat nak kutip duit budak-budak melalui denda2 yang cibai.Sekali tu aku terkantoi letak buku atas meja.Apa lagi bukan main seronok la dia sorok buku aku.Lepas tu siap bagi tahu aku lagi,


"Wahai manusia,anda didenda..Kalau nak buku anda, bayar dulu.."

Apakah bangangnya pompuan ni.Aku ada banyak keje.Waktu tu memang mulut aku terkeluar semua benda.Tak kira sopan ke tak..

Lantas aku terus malas layan pompuan tu.Habis prep petang aku datang kelas sorang2.Lepas tu,aku letak duit atas meja pompuan tu.Dan sekeping kertas yang tertulis kata-kata semangat..

Anda pun boleh teka apa kandungan kertas itu..


Lepas tu tercetus lagi perang Teluk....hahaha..aku dah malas nak cerita..




Monday, December 1, 2008

hidup baru..

Aku lupa nak cerita tentang sesuatu.Aku mula main volleyball.Impian aku dah tercapai.Syukur kepada Allah.

Memang seronok dapat bergaul dengan manusia2 berbangsa French ni.Tambahan pula dengan yang muda-mudi.Ye..memang tidak dinafikan selama aku duduk France ni,makcik-makcik atau pakcik-pakcik je yang tegur.Orang muda hampeh.

Hari pertama aku join diorang adalah Selasa 24/11/2008.Aku dapat member2 baru.tapi aku tak ingat sangat nama manusia2 tersebut.

Sekian.

Friday, November 28, 2008

mari mengata diri sendiri...

setelah 19 tahun hidup kat dunia ni...aku tau dan sedar kelemahan diri aku yang ternyata+terkabur mahupun tidak jelas...Aku pun tak tau aku disenangi atau tidak orang sekeliling aku atau tidak...namun ada benda yang tetap menjadi rahsia diri ni...

  • aku ego...ohhh benci sungguh tentang benda ni..
  • aku takkan mudah lupa janji orang dengan aku...mak bapak aku cukup takut nak janji apa2 dengan aku..
  • Kalau aku dah benci seseorang, aku akan tunjukkan tahap benci aku tahap maksimum...ini sangat bahaya.Aku sangat menyesal sampai sekarang..
  • Aku suka menyendiri...ini susah sikit nak cakap.Aku tak tau apa yang aku suka buat..
  • Aku akan kacau kawan-kawan aku sampai aku puas..Walaupun sudah terang dan nyata mereka benci dengan aku..
  • Aku suka habiskan duit tahap tak ingat dunia..terutama waktu sale..
  • Aku memilih dalam makanan...banyak benda aku tak makan secara sukarela..
  • tidak suka manusia yang kedekut zahir dan batin....kalau bersebab yang releven boleh diterima pihak juri..
  • Aku sangat suka membuang masa dengan mendengar lagu
  • Aku sangat lemah dalam bidang komputer nih..sampaikan ada orang panggil aku orang tua tak tau guna PC..
  • Aku suka lawan cakap orang lain,kalau secara logik kepala otak aku kata-kata seseorang adalah salah sama sekali...
  • Aku akan berkata-kata dengan hati yang jujur secara cepat dan tangkas...nak pulak dalam kelas Infomatique..kalau cikgu tanya siapa tak paham,aku orang pertama angkat tangan...hahahaha
  • Aku sangat suka bercakap kalau diberi peluang..ini masalah besar.Sebab bukan semua orang suka suasana bising...sejak sekolah rendah sampai universiti..aku antara paling kepoh dalam kelas...


Alamak..terasa aku sangat hina dan keji la pulak...Mungkin ada dalam senarai itu aku dah hapuskan...Susah la macam ni kalau aku bukan aku...nanti cik Farah,Anati,Anis,En. Haiqal,Rafiq dan Fazlie jadi tak lengkap hidup mereka........

Friday, November 21, 2008

aku semakin tenang..

Akhirnya tiba juga hari yang aku nantikan; Jumaat..Aku sudah mula bosan dengan kelas2 yang sentiasa ada tanpa jemu..Aku nak bersukan.Aku nak main bola tampar @ volleyball.Tolonglah saya..

Cakap pasal volleyball,aku teringat kisah aku kena tendang daripada team sekolah aku.Bangang betul manusia yang mencampak aku ke tepi.Alasan yang diberikan sangat celaka dan aku pun tidak merasakan diri aku sungguh teruk mahupun hina.Aku sangat geram..

Ceritanya bermula tatkala aku dijemput @diundang(ok biar aku perasan hebat sekejap) pergi kem BTN ke Langkawi sambil belayar di lautan..Hoho sangat menarik..Balik je daripada kem tu,aku terus semangat nak berlatih.Tiba-tiba datang mamat yang perasan bagus datang kat aku lsambil memberitahu aku dengan sangat sinis,aku sudah terkeluar daripada senarai sebab aku tak datang latihan..

Anda terlalu bangangg!!!!Aku bukan taknak pergi latihan,aku pergi kem laa.Lantas aku pulang ke dorm sambil mengata manusia tersebut dengan sepuas hati.Padan muka aku..buat dosa...(aduhh).

Baik aku berhenti sekarang.Aku nak tengok movie.Sekian

Monday, November 17, 2008

antara suka dan minat...

Aduhhh......sekarang ni dah bulan November.Maksudnya,aku (kena,wajib dan harus) mula memikirkan secara KBKK untuk pilih bidang apa yang aku nak lepas ni.Encik Yusri dah bagi email.Pelbagai panduan dia bagi.Paling lawak tapi aku sangat setuju adalah tempat yang takde orang Malaysia.Aku bukan tak suka hidup dengan member2 senegara,tapi kalau dah jumpa selalu hilang pula kemanisan ukhwah tu..hohohoho...

Aku memanglah tidak berbakat dalam memilih bidang apa yang aku nak.Yang aku tau,aku boleh merancang dengan baik percutian aku ke @#$%^..(dirahsiakan).Itu je.Yang lain, harammmm..Sudah aku tak boleh melalut.Esok aku ada exam Optik.Kali ni kena cemerlang.

Sekarang ni yang ada dalam kepala otak aku adalah macam mana aku nak selesaikan masalah aku ni.Kita memilih hala tuju hidup kita berdasarkan apa?
a)minat??
b)kemampuan??
c)peluang kerjaya masa depan.??

Aku rasa macam semua penting.Tapi yang mana lagi penting??Tolooonggg!!!Aku serius tak tau.
Buat masa ni aku tengah sibuk membuat kaji selidik tahap dewa tentang BIOMEDICAL ENGINEERING..Tapi mengapa???Kerana aku langsung tidak berminat dengan enjin.Kalau tak minat enjin kenapa ambil engineering??Sebab kejuruteraan itu luas.....

Bidang ni memang ada potensi yang luas di dunia.Sebab-sebabnya;
a)Orang sakit akan sentiasa ada
b)Bidang ni masih muda
c)Malaysia memerlukan manusia jenis ni

Baik, satu dah lepas.Adakah aku mampu???Aku memang tak pernah belajar Biologi dalam hidup aku.Semua ni kerana aku tersilap langkah sambil menggedik-gedik waktu form 4 pergi masuk kelas Teknologi KEjuruteraan.Akhirnya aku sangat tidak berminat sambil bersumpah taknak jumpa enjin lagi(subjek Tekno banyak enjin maa)..Tulah datang kat aku.Aku dapat B3 dalam subjek tu.Terus kukuh tak nak enjin lagi.

Lagi satu adakah aku berminat??Aku sangat seronok dapat menghasilkan sesuatu.Sejak kecil lagi aku suka baca buku sains lepas tu buat eksperimen yang tak bahaya kat rumah.Bidang ni pulak memerlukan kita menghasilkan alat-alat perubatan.Berminatkah aku??Aku memang wajib mencari petunjuk tak kira dengan apa cara sekalipun.Yang paling penting aku kena yakin kepada bantuan Allah.Dalam keadaan macam ni,aku tak boleh tersilap langkah.Buruk padahnya.

Aku harap ada manusia yang nak kongsi pendapat dengan aku.Sekian.